Search This Blog

Sunday, May 13, 2012

Hati Raja Kerajaan Diri

Assalamualaikum.. Dah lama rasanya tak tulis apa-apa disini.. Blog ni pon dah lama tak jenguk.. Hari ni aku, nak kongsi cerita sikit.. Harap sudilah baca cerita yang agak panjang ni..


SETIAP kerajaan mempunyai ketua atau raja. Bagi kerajaan diri, rajanya ialah hati dan kerana itu ia perlu dipelihara sebaik-baiknya, diberikan pendidikan dan asuhan sebegitu rupa, supaya kerajaan yang ditadbirnya dalam keadaan baik.

Begitupun, hati mempunyai dua penasihat iaitu akal dan nafsu. Ketika akal mengambil peranan sebagai penasihat, hati menjadi baik kerana pertimbangan dapat dibuat seadil-adilnya, tetapi apabila nafsu menjadi penasihat, hati turut berubah menjadi jahat.


Ketika hati menjadi raja kepada sistem kerajaan diri, anggota fizikal yang lain, seperti mata, telinga, mulut, tangan dan kaki adalah rakyat yang perlu mengikut segala perintah dan peraturannya.

Jika hati memerintahkan perkara baik, anggota badan sebagai rakyat mengikut saja perintah berkenaan, turut melakukan perkara yang baik, tetapi apabila hati memerintahkan kejahatan, jahatlah perbuatan dilakukan anggota badan.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Di dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati."

Hati mempunyai keistimewaan berbanding anggota yang lain. Ia adalah raja yang luar biasa, mahu tidak mahu kena ditaati rakyatnya. Disebabkan ada hatilah manusia dapat mentadbir dan menjalani sistem kehidupan di alam maya ini.

Di dalam hati bersifat tersembunyi, pemimpinnya juga tersembunyi. Malaikat memimpin hati dengan benda yang datang daripada Allah manakala syaitan memimpin hati dengan benda yang datang daripada iblis.

Walaupun pada hakikatnya semua perlakuan daripada Allah, tetapi kita sandarkan perkara jahat kepada syaitan manakala perkara baik daripada Allah. Dari Allah semestinya tepat lagi benar manakala daripada syaitan adalah kekufuran dan tidak baik.

Orang selalu mengatakan kulit luaran sangat sensitif kepada sesuatu, tetapi sebenarnya hati yang berada di dalam diri lebih peka, sama ada pada perkara positif atau negatif. Hati akan cepat terasa dan cepat tersinggung, malah dengan tiba-tiba juga boleh hilang semua perasaan itu.

Kadangkala disebabkan manusia tidak meneliti perjalanan hati di dalam diri, mereka berasa sudah cukup baik dan tenang, sedangkan hakikat adalah sebaliknya, kerana sebaik saja datang cabaran atau rangsangan dari luar, hatinya mudah cair, goyah dan tidak lagi tenang.

Contohnya, apabila anda dimarahi, anda berasa mahu memarahi kembali orang terbabit. Ini menunjukkan anda mempunyai sifat pemarah. Apabila tiada rangsangan itu, anda merasakan tiada sifat pemarah dan hati sudah berkeadaan baik.

Walaupun hati manusia cuma satu, tetapi kerana pelbagai cabaran mendatang, timbul pelbagai perasaan dan kesedaran.

Seseorang yang berjaya akan berasa bangga atau riak dan ego dengan kejayaan itu dan ada juga berasa syukur, malah malu kepada Allah. Pada waktu itulah hati yang sensitif akan sedar.

Jika hati tidak sedar dia sudah berbuat baik, ia adalah sifat terpuji kerana tidak berbangga dengan kebaikan itu. Tetapi jangan pula sehingga hati tidak bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya manusia dapat melakukan kebaikan.

Perkara paling buruk ialah apabila hati tidak sedar ia sebenarnya jahat. Hati tidak sedar rangsangan yang datang membuatkan ia bangga atau ego.

Lebih berbahaya apabila hati yang jahat dianggap sebagai hati yang baik, tidak sedar kejahatannya dan tidak cuba untuk berubah dengan bertaubat atau melakukan muhasabah, bahkan terus berbuat jahat kerana berasakan dirinya dalam kebaikan.

Kemudian, rasa hati terbahagi kepada dua dan kedua-duanya adalah benih yang ditanam Allah ke dalam hati manusia. Ini adalah fitrah semula jadi, yang lahir bersama manusia, cuma sama ada ia subur atau terbantut bergantung kepada usaha manusia sendiri.

Contohnya di kebun, benih jagung sudah ditanam dan terpulang kepada petani untuk menyiram, memberikan baja dan menjaganya. Apabila benih itu baik, tetapi tidak dijaga, mungkin ia mati sebelum tumbuh atau terbantut. Begitu juga dengan hati.

Fitrah baik manusia apabila tidak disuburkan dari awal kemungkinan mati akhirnya. Sebaliknya, jika peringkat awal disuburkan ia akan berakar umbi di dalam hati sehingga dengan mudah hati menjadi baik.

Apabila sudah terlewat baru hendak disuburkan, agak sukar kerana ia umpama benih yang terbiar lama tanpa disirami, dibajai dan dijaga.

Perasaan positif pada hati boleh terbantut apabila dari kecil individu itu tidak dididik, dibimbing dan diasuh. Dia terpaksa menempuhi kesukaran untuk menyuburkannya.

Benih yang positif dijaga dan disuburkan dari peringkat awal akan terus subur dan tidak perlu bersusah payah lagi apabila dewasa. Tetapi perasaan negatif sejak kecil sukar disuburkan, sukar untuk ditebang apabila sudah dewasa, ibarat pohon yang sudah teguh.

Antara benih positif ialah perasaan kasih, penyayang, simpati, lemah lembut, pemurah, sopan, rendah hati, hormat, taat, baik sangka, reda dengan ketentuan dan sabar dalam menghadapi cabaran hidup manakala benih negatif ialah rasa benci, pemarah, besar diri, bangga, dendam, dengki, khianat, bakhil dan suka menabur fitnah.

Jadi, manusia sudah semestinya perlu berusaha menyuburkan sifat positif dan memadamkan sifat negatif sekiranya mahu kepada kejayaan, ketenangan dan keselesaan. Apabila sifat positif tumbuh subur, secara tidak langsung benih negatif terbantut atau terus padam.

Dari situ, hati sebagai raja kepada kerajaan diri mula disinari dengan kebenaran dan kesucian, malah segala tindakan yang bakal dilakukan oleh rakyatnya terdiri daripada anggota badan yang lain juga adalah tindakan yang mulia lagi terpuji.

Monday, August 15, 2011

INTERESTING FACTS

Assalamualaikum, kali ni aku nak try cakap orang putih pula. Bukan apa, lidah ni kadang-kadang bila cakap orang putih selalu tergeliat. Hahahah.. Jadi inilah masanya aku nak berlatih. Harap korang semua enjoy dengan apa yang bakal korang baca nanti. Ini semua fakta tau, bukan auta. Hehehe..

1. Scientists say the higher your I.Q, the more your dream.
2. The largest cell in the human body is the female egg and the smallest is the male sperm.
3. You use 200 muscles to take one step.
4. The average woman is 5 inches shorther than the average man.
5. A big tees have four bones each while the rest have three.
6. A pair of human feet contains 250000 sweat glands.
7. It takes foos seven seconds to get from your mouth to your stomach.
8. The average human dream lasts 2-3 seconds.
9. Your thumb is the same length of your nose.
10. I know you are putting this last fact to the test.
11. ....... now remove your thumb from your nose.

Hehehe.. :-)

Friday, July 29, 2011

Berapa Tinggi Nilai Kita

Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.
Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.
Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.
Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.
Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.
Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.
Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.
Harganya ialah RM15.00
Sekarang admin nk tanya ialah mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?
Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!
Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.
Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.
Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.
Apa pun apa yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.
Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah amalan kita.
Wallahualam

Tuesday, July 26, 2011

JANGAN SALAH AKU KALAU GAGAL EXAM !!!

JANGAN SALAH AKU KALAU GAGAL EXAM

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!
Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.
Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.
Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.
Baki tinggal 223.
Tidur
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.
Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.
Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.
Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.
Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.
Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.
Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.
Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.
Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

So memang BUKAN SALAH kita!!! haha